NUFFNANG

Friday, 12 October 2012

Sam Shaheizy smurf Malaysia?




Opss... Apa sudah jadi dengan Sam Shaheizy? Adakah dia sedang mempromosikan filem Smurf? Gaya Sam Shaheizy kali ini memang jauh dari kebiasaan dirinya yang sering berpenampilan kemas terutama ketika menghadiri acara. Adakah Sam Shaheizy sekadar membuat gimmick dengan membawa air tin? Atau memang dia sengaja berbuat seperti itu? Mak Kiah tengok, memang gangster habis mamat ni.

Sunday, 7 October 2012

Syamsul Yusof Ungguli Anugerah Blockbuster




 Sebentar tadi telah pun berlangsung malam Anugerah Blockbuster yang mengiktiraf mereka yang terlibat di dalam industri filem Malaysia. Secara keseluruhan majlis berlangsung dengan lancar walaupun terdapat cacat cela yang tidak dapat dielakkan. Semoga pihak penganjur akan memperbaiki kesilapan yang dilakukan sekiranya anugerah ini diteruskan pada tahun hadapan.


Apa pun jutaan tahniah Mak Kiah ucapkan kepada Syamsul Yusof yang membawa pulang 5 kemenangan malam ini. Paling manis sudah tentu apabila filem arahannya, KL Gangster diiktiraf sebagai filem terbaik. Malah Syamsul turut membawa pulang Anugerah Tuan Direktor terhebat di samping Anugerah Khas PFM. Semoga dengan kemenangan ini Syamsul akan terus aktif menghasilkan karya yang bermutu tinggi di masa hadapan.

Berikut ialah keputusan penuh untuk Anugerah Blockbuster:-
Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)
p.s. : Jutaan taniah sekali lagi kepada semua pemenang. Teruskan usaha anda untuk memajukan lagi industri filem Malaysia.

Friday, 5 October 2012

Siapa Yang Meluat Dengan Fasha Sandha?


Ingatkan Mak Kiah saja, rupa-rupa ramai lagi di luar sana yang meluat dengan pelakon cantik manis Fasha Sandha, terutama sekali selepas pelakon itu mengesahkan perhubungannya dengan kekasih hatinya Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), baru-baru ini.

Tapi Fasha janganlah kecil hati, sebab sebagai perempuan Mak Kiah sebenarnya cemburu dengan Fasha. Yalah puas Mak Kiah pujuk rayu Jejai untuk bercinta dengan Mak Kiah yang tak seberapa ini, tapi akhirnya Fasha yang jelita juga menjadi pilihan. Sesungguhnya, Jejai membuat pilihan yang tepat.

Alah biasalah Fasha. Hidup sebagai selebriti, siapa saja akan cemburu. Yalah, mula-mula cemburu, lepas tu timbul pula perasaan meluat. Alah Mak Kiah pasti Fasha sudah lali. Tambahan pula Fasha seorang yang rupawan dan lagi satu semakin laris dengan lakonan.

Dulu masa Fasha cuba berahsia, ramai pula yang ingin tahu kesahihannya. Kini, selepas buka mulut ramai pula yang meluat. Macam mana ni?

Tapi Mak Kiah rasa, semua ini ada kaitan dengan kes kontroversi antara Fasha dan pelakon baru, Tiz Zaqyah baru-baru ini. Subjek kontroversi mereka ialah Jejai. Tak payahlah Mak Kiah ulas lebih lanjut sebab rasanya semua sudah maklum.

Mungkin itu yang membuatkan orang meluat.

Apapun kepada Fasha, Mak Kiah ucapkan selamat berbahagia dengan si abang sayang. Mak Kiah doakan ikatan percintaan yang terjalin itu akan disudahi dengan kebahagiaan sebagai suami isteri. Amin.

Kalau sekarang, Fasha sudahpun menerima sebentuk cincin berlian sebagai tanda kasih sayang, Mak Kiah tak sabar nak lihat sebentuk cincin pertunangan di jari manis Fasha, selepas ini.

Jika baru-baru ini Jejai telah menawan hati Fasha dengan sanggup terbang ke Pulau Lang Tengah, Terengganu bersama helikopter, entah apa pula kejutan selepas ini? Adakah kapal selam atau jet pejuang? Jangan beca beroda tiga sudahlah Fasha.

waheeda menyorok dalam kain ???


Amboi hampir tak kenal Mak Kiah dibuatnya bila pertama kali terserempak dengan kelibat seorang wanita berpurdah di sebuah majlis anjuran Astro baru-baru ini.

Mak Kiah sangkakan wanita Timur Tengah manalah, rupa-rupanya penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini, siapa lagi kalau bukan Waheeda.

Itupun selepas Mak Kiah nampak suaminya, Ustaz Akhir Hayy yang kebetulan duduk di sebelahnya sedang asyik menikmati juadah berbuka puasa.

Sebenarnya, gaya Waheeda berpurdah bukanlah baru. Tapi inilah pertama kali Mak Kiah berpeluang melihat dia bergaya sedemikian di hadapan orang ramai. Yalah Mak Kiah bukannya selalu sangat keluar rumah.

Tapi apa yang pasti Mak Kiah suka sangat melihat Waheeda bergaya seperti itu dan dia sedikitpun tidak malu hadir ke majlis yang boleh Mak Kiah katakan sebuah majlis hiburan. Nampak sungguh sokongan tanpa henti Waheeda kepada industri.

Siapa tahu selepas ini Waheeda akan menjadi pencetus kepada fesyen gaya berpurdah di Malaysia khususnya. Manalah tahukan. Amin.

Sebut pasal fesyen, khabarnya Waheeda juga sebenarnya sudah membuka perniagaan butik pakaian Muslimahnya sendiri yang dikenali sebagai Arum Enterprise yang berlokasi di Bangi.

Wah! Hebat sungguh Waheeda. Tak sia-sia berhenti menyanyi, tapi dalam masa yang sama dia juga aktif berniaga. Lepas ni bolehlah sponsor baju untuk Mak Kiah.

Chef Wan Dah Tak Tahu Jalan Balik

Amboi...sejak memegang gelaran Datuk, rezeki chef kesayangan ramai kita, siapa lagi kalau bukan Chef Wan Ismail nampaknya semakin meriah. Oleh kerana itu jugalah, jadual hariannya tersangatlah padat.
Sampai nak jumpa Mak Kiah pun tak sempat. Eh! Siapalah Mak Kiah di sisi Chef Wan kan. Tapi kasihan juga bila ada wartawan murai.com.my yang tunggu berjenuh semata-mata untuk menemuramah chef ini.
Kalau sebagai pelakon atau penyanyi, mungkin sibuk ke lokasi penggambaran atau konsert jelajah, begitu jugalah dengan Datuk Chef Wan kita yang nampaknya tak susah-sudah terbang ke sana ke sini. Semuanya semata-mata bagi menjalani penggambaran program masakan mahupun seminar dunia kulinari.
Mak Kiah sebenarnya bukannya cemburu atau nak menyibuk, tapi tulah disebabkan dia terlalu sibuk jugalah, berapa kerap sangatlah Chef Wan ini berada di rumah. Entah tahu lagi jalan pulang ke rumah atau tidak? Itu yang Mak Kiah risaukan.
Mana tidaknya, kalau sekarang ini Chef Wan sedang berada di Mauritius bagi menjayakan rakaman program masakan untuk saluran TV9, selepas ini pula dia akan diterbangkan ke kota London untuk bertemu 12 chef selebriti dari serata dunia.
Selepas itu pula dia akan terbang ke Bali, Thailand, Vietnam, Maghribi dan beberapa negara Eropah yang lain. Apatah lagi program masakannya bersama Asian Food Channel semakin mendapat sambutan hangat.
Mak Kiah tumpang bangga dengan pencapaian demi pencapaian, pengiktirafan demi pengiktirafan yang diberikan kepada Chef Selebriti TV Terbaik Dunia ini.
Dek kerana terlalu sibuk juga, Mak Kiah lihat, Chef Wan sudah tak sempat lagi untuk mewarnakan rambutnya yang kini diseliputi dengan uban. Mungkin inilah gaya rambut terbaru yang Chef Wan ingin tunjukkan.
Bila tengok gaya rambutnya itu, teringat pula Mak Kiah dengan gelaran ayam tua pencen yang diperkatakan Chef Wan waktu dia menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 baru-baru ini.

Wahai Chef Wan, walaupun ayam pencen dan uban sudah penuh di kepala, tapi Mak Kiah lihat Chef Wan semakin ligat. Sama ligat dengan mulutnya yang tak sudah-sudah bercakap. Pot pet pot pet...Kalau bercakap tentang masakan tak mengapalah, tapi kalau bercakap pasal orang lain, mari datang jumpa Mak Kiah. Baru bertemu buku dan ruas, katanya.

Sarimah Ibrahim Sudah Ada Kekasih Baru!

Rupa-rupanya, Konsert Akademi Fantasia 8 (AF8) yang berakhir Mei lalu telah menjadi laluan terbaik buat hos dan pengacara program realiti berkenaan, Sarimah Ibrahim untuk mengenali dengan lebih dekat hati dan budi kekasih terbarunya.
Mak Kiah sebenarnya bukanlah nak busy body, tapi bila dapat tahu hati Sarimah kini sudah di miliki, Mak Kiah turut tumpang gembira tak terhingga. Eee....Propalah!
Tapi Mak Kiah tak mahulah memberitahu berita gembira ini menerusi bingkisan tulisan Mak Kiah ini, sebaliknya kalau anda semua nak tahu siapakah jejaka yang kini sedang bertakhta di sudut hati Sarimah, adalah baiknya menonton video Mak Kiah minggu ini. Ala-ala filem Sex And The City lagi.
Tapi apa yang boleh Mak Kiah kongsikan bersama, bahawa hubungan yang terjalin antara Sarimah dan jejaka itu sudahpun memasuki 2 bulan dan kalau tak silap Mak Kiah jejaka yang dimaksudkan itu adalah kenalannya sejak 8 tahun lalu.
Cuma, Mak Kiah difahamkan baru-baru ini saja mereka mula mesra dan Sarimah nampaknya dah tak sabar-sabar untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada keluarganya sebelum mereka mengambil keputusan untuk melanjutkan perhubungan murni itu.
Setahu Mak Kiah, bukankah sebelum ini Sarimah pernah bercinta dengan seorang jejaka Melayu? Apa dah jadi dengan jejaka itu? Atau adakah mungkin, jejaka itu yang dimaksudkan Sarimah sebagai kekasih barunya itu adalah jejaka yang sama?
Kalau nak tahu jawapannya, jangan ketinggalan tonton video Mak Kiah minggu ini untuk mengetahui rahsia di sebalik kekasih terkini Sarimah.
Hai! Kak Mah bercinta tu jangan lama-lama. Kahwin saja terus dan boleh dapat anak. Bukankah itu impian awak yang sudah lama terpendam?

Pelakon 2 Alam Tak Malu???


 Sekalung tahniah Mak Kiah ucapkan kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) pada kali ini. Walaupun ramai yang kurang bersetuju dengan kemenangan untuk beberapa kategori tertentu, tapi faham-faham sajalah ya. Segala keputusan adalah muktamad dan atas pilihan 5 barisan juri yang bertugas.

Macam biasalah. Apa tu orang kata, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Bagi Mak Kiah itu sudah menjadi perkara tidak asing lagi. Asalkan jangan propa macam Mak Kiah sudahlah ya.
Mak Kiah juga hairan, mengapa filem Dua Alam yang dikatakan mampu mengutip RM40 juta tidak membawa pulang anugerah?
Malah ketika tayangan perdana filem itu minggu lalu, Mak Kiah dapati ramai juga yang datang menonton. Tak kiralah apa juga 'nawaitu' mereka, tapi apa yang penting strategi Datuk Dr Rozmey nampaknya menjadi.
Positifnya, Mak Kiah rasa tak sia-sialah Dua Alam dipromosikan dengan cara yang cukup kontroversi kerana akhirnya akan mencipta perasaan ingin tahu orang ramai untuk datang menonton.
Tapi hairan juga, mengapa ada pelakon filem berkenaan bila ditanyakan mengenai maklum balas mereka tentang filem berkenaan sebaik saja tamat tayangan perdana, memilih untuk membisu seribu bahasa. Ada juga yang menjawab dengan jawapan PR.
Susah juga Mak Kiah nak nilaikan senyuman yang terukir di wajah mereka itu. Sama ada senyum puas atau sebaliknya. Malah ada juga yang lari dari untuk ditemuramah pihak media. Motif?
Ada juga beberapa pihak yang cukup 'geli-geleman' bila filem ini mempunyai terlalu banyak babak tak senonoh. Adoi, takutlah Mak Kiah. Apapun, itu semua pendapat individu. Tepuk dada tanya selera.
Ha, mari sini Mak Kiah nak tanya Datuk Rozmey. Mampukah Dua Alam mencapai kutipan RM40 juta seperti yang diimpikan? Takkan tepuk dada tanya selera juga? Sila jawab.

NUFFNANG