NUFFNANG

Friday, 5 October 2012

Pelakon 2 Alam Tak Malu???


 Sekalung tahniah Mak Kiah ucapkan kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) pada kali ini. Walaupun ramai yang kurang bersetuju dengan kemenangan untuk beberapa kategori tertentu, tapi faham-faham sajalah ya. Segala keputusan adalah muktamad dan atas pilihan 5 barisan juri yang bertugas.

Macam biasalah. Apa tu orang kata, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Bagi Mak Kiah itu sudah menjadi perkara tidak asing lagi. Asalkan jangan propa macam Mak Kiah sudahlah ya.
Mak Kiah juga hairan, mengapa filem Dua Alam yang dikatakan mampu mengutip RM40 juta tidak membawa pulang anugerah?
Malah ketika tayangan perdana filem itu minggu lalu, Mak Kiah dapati ramai juga yang datang menonton. Tak kiralah apa juga 'nawaitu' mereka, tapi apa yang penting strategi Datuk Dr Rozmey nampaknya menjadi.
Positifnya, Mak Kiah rasa tak sia-sialah Dua Alam dipromosikan dengan cara yang cukup kontroversi kerana akhirnya akan mencipta perasaan ingin tahu orang ramai untuk datang menonton.
Tapi hairan juga, mengapa ada pelakon filem berkenaan bila ditanyakan mengenai maklum balas mereka tentang filem berkenaan sebaik saja tamat tayangan perdana, memilih untuk membisu seribu bahasa. Ada juga yang menjawab dengan jawapan PR.
Susah juga Mak Kiah nak nilaikan senyuman yang terukir di wajah mereka itu. Sama ada senyum puas atau sebaliknya. Malah ada juga yang lari dari untuk ditemuramah pihak media. Motif?
Ada juga beberapa pihak yang cukup 'geli-geleman' bila filem ini mempunyai terlalu banyak babak tak senonoh. Adoi, takutlah Mak Kiah. Apapun, itu semua pendapat individu. Tepuk dada tanya selera.
Ha, mari sini Mak Kiah nak tanya Datuk Rozmey. Mampukah Dua Alam mencapai kutipan RM40 juta seperti yang diimpikan? Takkan tepuk dada tanya selera juga? Sila jawab.

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG