NUFFNANG
Friday, 5 October 2012
Siapa Yang Meluat Dengan Fasha Sandha?
Ingatkan Mak Kiah saja, rupa-rupa ramai lagi di luar sana yang meluat dengan pelakon cantik manis Fasha Sandha, terutama sekali selepas pelakon itu mengesahkan perhubungannya dengan kekasih hatinya Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), baru-baru ini.
Tapi Fasha janganlah kecil hati, sebab sebagai perempuan Mak Kiah sebenarnya cemburu dengan Fasha. Yalah puas Mak Kiah pujuk rayu Jejai untuk bercinta dengan Mak Kiah yang tak seberapa ini, tapi akhirnya Fasha yang jelita juga menjadi pilihan. Sesungguhnya, Jejai membuat pilihan yang tepat.
Alah biasalah Fasha. Hidup sebagai selebriti, siapa saja akan cemburu. Yalah, mula-mula cemburu, lepas tu timbul pula perasaan meluat. Alah Mak Kiah pasti Fasha sudah lali. Tambahan pula Fasha seorang yang rupawan dan lagi satu semakin laris dengan lakonan.
Dulu masa Fasha cuba berahsia, ramai pula yang ingin tahu kesahihannya. Kini, selepas buka mulut ramai pula yang meluat. Macam mana ni?
Tapi Mak Kiah rasa, semua ini ada kaitan dengan kes kontroversi antara Fasha dan pelakon baru, Tiz Zaqyah baru-baru ini. Subjek kontroversi mereka ialah Jejai. Tak payahlah Mak Kiah ulas lebih lanjut sebab rasanya semua sudah maklum.
Mungkin itu yang membuatkan orang meluat.
Apapun kepada Fasha, Mak Kiah ucapkan selamat berbahagia dengan si abang sayang. Mak Kiah doakan ikatan percintaan yang terjalin itu akan disudahi dengan kebahagiaan sebagai suami isteri. Amin.
Kalau sekarang, Fasha sudahpun menerima sebentuk cincin berlian sebagai tanda kasih sayang, Mak Kiah tak sabar nak lihat sebentuk cincin pertunangan di jari manis Fasha, selepas ini.
Jika baru-baru ini Jejai telah menawan hati Fasha dengan sanggup terbang ke Pulau Lang Tengah, Terengganu bersama helikopter, entah apa pula kejutan selepas ini? Adakah kapal selam atau jet pejuang? Jangan beca beroda tiga sudahlah Fasha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment