NUFFNANG
Wednesday, 3 October 2012
Sham (Kamikaze), Farazila Sudah Bercerai Tahun Lepas
Hasrat Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya. Sham (Kamikaze) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada semalam menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.
Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.
Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.
Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.
Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka.
Kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.
Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.
Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.
Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.
Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.
Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment