Sampai nak jumpa Mak Kiah pun tak sempat. Eh! Siapalah Mak Kiah di sisi Chef Wan kan. Tapi kasihan juga bila ada wartawan murai.com.my yang tunggu berjenuh semata-mata untuk menemuramah chef ini.
Kalau sebagai pelakon atau penyanyi, mungkin sibuk ke lokasi penggambaran atau konsert jelajah, begitu jugalah dengan Datuk Chef Wan kita yang nampaknya tak susah-sudah terbang ke sana ke sini. Semuanya semata-mata bagi menjalani penggambaran program masakan mahupun seminar dunia kulinari.

Mana tidaknya, kalau sekarang ini Chef Wan sedang berada di Mauritius bagi menjayakan rakaman program masakan untuk saluran TV9, selepas ini pula dia akan diterbangkan ke kota London untuk bertemu 12 chef selebriti dari serata dunia.
Selepas itu pula dia akan terbang ke Bali, Thailand, Vietnam, Maghribi dan beberapa negara Eropah yang lain. Apatah lagi program masakannya bersama Asian Food Channel semakin mendapat sambutan hangat.
Mak Kiah tumpang bangga dengan pencapaian demi pencapaian, pengiktirafan demi pengiktirafan yang diberikan kepada Chef Selebriti TV Terbaik Dunia ini.
.jpg)
Bila tengok gaya rambutnya itu, teringat pula Mak Kiah dengan gelaran ayam tua pencen yang diperkatakan Chef Wan waktu dia menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 baru-baru ini.
Wahai Chef Wan, walaupun ayam pencen dan uban sudah penuh di kepala, tapi Mak Kiah lihat Chef Wan semakin ligat. Sama ligat dengan mulutnya yang tak sudah-sudah bercakap. Pot pet pot pet...Kalau bercakap tentang masakan tak mengapalah, tapi kalau bercakap pasal orang lain, mari datang jumpa Mak Kiah. Baru bertemu buku dan ruas, katanya.
No comments:
Post a Comment