NUFFNANG

Friday, 5 October 2012

Yuna & Qi Qushairi Hanya Berkawan Atau...

Ini bukanlah kali pertama Mak Kiah mendengar cerita tentang keakraban antara penyanyi berbakat besar, Yuna dan pelakon drama Blogger Boy, Qi Qushairi.
Benar, bukan pertama kali, tapi sudah banyak kali.
Malah Mak Kiah  pernah dengar juga bahawa mereka sebelum ini pernah menafikan hubungan mereka di dalam sebuah program TV. Tapi sejauh mana mereka menafikan, sejauh itu jugalah Mak Kiah sukar untuk mempercayainya.
Mana tidaknya, kalau berkepit sana ke sana ke mari bersama, adakah itu masih dipanggil kawan? Tolonglah, Mak Kiah sudah lali sangat dengan dunia hiburan, bukannya sehari dua, malah bertahun-tahun lamanya.
Kalau nak tahu, ini bukanlah juga kali pertama Mak Kiah terserempak dengan dua sejoli itu, tapi sudah beberapa kali. Terbaru Mak Kiah nampak Yuna dan Qi datang bersama ketika majlis Anugerah majalah Cosmopilitan di Solaris baru-baru ini.
Pernah juga Mak Kiah terserempak dengan mereka berdua sedang membeli-belah di Bukit Bintang. Amboi, bukan main mesra lagi Yuna dan Qi. Terpancar keriangan di wajah Yuna kala Qi menyatakan sesuatu. Senyuman yang sukar diungkap.
Apa yang pasti mereka langsung tak segan silu, walaupun mereka tahu bahawa gerak- geri mereka diperhatikan ramai.
Jika benar Yuna dan Qi bercinta, Mak Kiah tak boleh cakap apa kerana hakikatnya Mak Kiah suka sangat melihat keakraban yang terjalin antara mereka berdua. Memang secucuk dan sepadan.
Mak Kiah rasa, Yuna dan Qi boleh menjadi pasangan yang serasi. Mereka langsung tak hipokrit seperti kebanyakan selebriti lain, cuma mungkin mereka belum bersedia mengumumkan perhubungan sebagai pasangan kekasih.

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG