NUFFNANG

Friday, 12 October 2012

Sam Shaheizy smurf Malaysia?




Opss... Apa sudah jadi dengan Sam Shaheizy? Adakah dia sedang mempromosikan filem Smurf? Gaya Sam Shaheizy kali ini memang jauh dari kebiasaan dirinya yang sering berpenampilan kemas terutama ketika menghadiri acara. Adakah Sam Shaheizy sekadar membuat gimmick dengan membawa air tin? Atau memang dia sengaja berbuat seperti itu? Mak Kiah tengok, memang gangster habis mamat ni.

Sunday, 7 October 2012

Syamsul Yusof Ungguli Anugerah Blockbuster




 Sebentar tadi telah pun berlangsung malam Anugerah Blockbuster yang mengiktiraf mereka yang terlibat di dalam industri filem Malaysia. Secara keseluruhan majlis berlangsung dengan lancar walaupun terdapat cacat cela yang tidak dapat dielakkan. Semoga pihak penganjur akan memperbaiki kesilapan yang dilakukan sekiranya anugerah ini diteruskan pada tahun hadapan.


Apa pun jutaan tahniah Mak Kiah ucapkan kepada Syamsul Yusof yang membawa pulang 5 kemenangan malam ini. Paling manis sudah tentu apabila filem arahannya, KL Gangster diiktiraf sebagai filem terbaik. Malah Syamsul turut membawa pulang Anugerah Tuan Direktor terhebat di samping Anugerah Khas PFM. Semoga dengan kemenangan ini Syamsul akan terus aktif menghasilkan karya yang bermutu tinggi di masa hadapan.

Berikut ialah keputusan penuh untuk Anugerah Blockbuster:-
Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)
p.s. : Jutaan taniah sekali lagi kepada semua pemenang. Teruskan usaha anda untuk memajukan lagi industri filem Malaysia.

Friday, 5 October 2012

Siapa Yang Meluat Dengan Fasha Sandha?


Ingatkan Mak Kiah saja, rupa-rupa ramai lagi di luar sana yang meluat dengan pelakon cantik manis Fasha Sandha, terutama sekali selepas pelakon itu mengesahkan perhubungannya dengan kekasih hatinya Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), baru-baru ini.

Tapi Fasha janganlah kecil hati, sebab sebagai perempuan Mak Kiah sebenarnya cemburu dengan Fasha. Yalah puas Mak Kiah pujuk rayu Jejai untuk bercinta dengan Mak Kiah yang tak seberapa ini, tapi akhirnya Fasha yang jelita juga menjadi pilihan. Sesungguhnya, Jejai membuat pilihan yang tepat.

Alah biasalah Fasha. Hidup sebagai selebriti, siapa saja akan cemburu. Yalah, mula-mula cemburu, lepas tu timbul pula perasaan meluat. Alah Mak Kiah pasti Fasha sudah lali. Tambahan pula Fasha seorang yang rupawan dan lagi satu semakin laris dengan lakonan.

Dulu masa Fasha cuba berahsia, ramai pula yang ingin tahu kesahihannya. Kini, selepas buka mulut ramai pula yang meluat. Macam mana ni?

Tapi Mak Kiah rasa, semua ini ada kaitan dengan kes kontroversi antara Fasha dan pelakon baru, Tiz Zaqyah baru-baru ini. Subjek kontroversi mereka ialah Jejai. Tak payahlah Mak Kiah ulas lebih lanjut sebab rasanya semua sudah maklum.

Mungkin itu yang membuatkan orang meluat.

Apapun kepada Fasha, Mak Kiah ucapkan selamat berbahagia dengan si abang sayang. Mak Kiah doakan ikatan percintaan yang terjalin itu akan disudahi dengan kebahagiaan sebagai suami isteri. Amin.

Kalau sekarang, Fasha sudahpun menerima sebentuk cincin berlian sebagai tanda kasih sayang, Mak Kiah tak sabar nak lihat sebentuk cincin pertunangan di jari manis Fasha, selepas ini.

Jika baru-baru ini Jejai telah menawan hati Fasha dengan sanggup terbang ke Pulau Lang Tengah, Terengganu bersama helikopter, entah apa pula kejutan selepas ini? Adakah kapal selam atau jet pejuang? Jangan beca beroda tiga sudahlah Fasha.

waheeda menyorok dalam kain ???


Amboi hampir tak kenal Mak Kiah dibuatnya bila pertama kali terserempak dengan kelibat seorang wanita berpurdah di sebuah majlis anjuran Astro baru-baru ini.

Mak Kiah sangkakan wanita Timur Tengah manalah, rupa-rupanya penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini, siapa lagi kalau bukan Waheeda.

Itupun selepas Mak Kiah nampak suaminya, Ustaz Akhir Hayy yang kebetulan duduk di sebelahnya sedang asyik menikmati juadah berbuka puasa.

Sebenarnya, gaya Waheeda berpurdah bukanlah baru. Tapi inilah pertama kali Mak Kiah berpeluang melihat dia bergaya sedemikian di hadapan orang ramai. Yalah Mak Kiah bukannya selalu sangat keluar rumah.

Tapi apa yang pasti Mak Kiah suka sangat melihat Waheeda bergaya seperti itu dan dia sedikitpun tidak malu hadir ke majlis yang boleh Mak Kiah katakan sebuah majlis hiburan. Nampak sungguh sokongan tanpa henti Waheeda kepada industri.

Siapa tahu selepas ini Waheeda akan menjadi pencetus kepada fesyen gaya berpurdah di Malaysia khususnya. Manalah tahukan. Amin.

Sebut pasal fesyen, khabarnya Waheeda juga sebenarnya sudah membuka perniagaan butik pakaian Muslimahnya sendiri yang dikenali sebagai Arum Enterprise yang berlokasi di Bangi.

Wah! Hebat sungguh Waheeda. Tak sia-sia berhenti menyanyi, tapi dalam masa yang sama dia juga aktif berniaga. Lepas ni bolehlah sponsor baju untuk Mak Kiah.

Chef Wan Dah Tak Tahu Jalan Balik

Amboi...sejak memegang gelaran Datuk, rezeki chef kesayangan ramai kita, siapa lagi kalau bukan Chef Wan Ismail nampaknya semakin meriah. Oleh kerana itu jugalah, jadual hariannya tersangatlah padat.
Sampai nak jumpa Mak Kiah pun tak sempat. Eh! Siapalah Mak Kiah di sisi Chef Wan kan. Tapi kasihan juga bila ada wartawan murai.com.my yang tunggu berjenuh semata-mata untuk menemuramah chef ini.
Kalau sebagai pelakon atau penyanyi, mungkin sibuk ke lokasi penggambaran atau konsert jelajah, begitu jugalah dengan Datuk Chef Wan kita yang nampaknya tak susah-sudah terbang ke sana ke sini. Semuanya semata-mata bagi menjalani penggambaran program masakan mahupun seminar dunia kulinari.
Mak Kiah sebenarnya bukannya cemburu atau nak menyibuk, tapi tulah disebabkan dia terlalu sibuk jugalah, berapa kerap sangatlah Chef Wan ini berada di rumah. Entah tahu lagi jalan pulang ke rumah atau tidak? Itu yang Mak Kiah risaukan.
Mana tidaknya, kalau sekarang ini Chef Wan sedang berada di Mauritius bagi menjayakan rakaman program masakan untuk saluran TV9, selepas ini pula dia akan diterbangkan ke kota London untuk bertemu 12 chef selebriti dari serata dunia.
Selepas itu pula dia akan terbang ke Bali, Thailand, Vietnam, Maghribi dan beberapa negara Eropah yang lain. Apatah lagi program masakannya bersama Asian Food Channel semakin mendapat sambutan hangat.
Mak Kiah tumpang bangga dengan pencapaian demi pencapaian, pengiktirafan demi pengiktirafan yang diberikan kepada Chef Selebriti TV Terbaik Dunia ini.
Dek kerana terlalu sibuk juga, Mak Kiah lihat, Chef Wan sudah tak sempat lagi untuk mewarnakan rambutnya yang kini diseliputi dengan uban. Mungkin inilah gaya rambut terbaru yang Chef Wan ingin tunjukkan.
Bila tengok gaya rambutnya itu, teringat pula Mak Kiah dengan gelaran ayam tua pencen yang diperkatakan Chef Wan waktu dia menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 baru-baru ini.

Wahai Chef Wan, walaupun ayam pencen dan uban sudah penuh di kepala, tapi Mak Kiah lihat Chef Wan semakin ligat. Sama ligat dengan mulutnya yang tak sudah-sudah bercakap. Pot pet pot pet...Kalau bercakap tentang masakan tak mengapalah, tapi kalau bercakap pasal orang lain, mari datang jumpa Mak Kiah. Baru bertemu buku dan ruas, katanya.

Sarimah Ibrahim Sudah Ada Kekasih Baru!

Rupa-rupanya, Konsert Akademi Fantasia 8 (AF8) yang berakhir Mei lalu telah menjadi laluan terbaik buat hos dan pengacara program realiti berkenaan, Sarimah Ibrahim untuk mengenali dengan lebih dekat hati dan budi kekasih terbarunya.
Mak Kiah sebenarnya bukanlah nak busy body, tapi bila dapat tahu hati Sarimah kini sudah di miliki, Mak Kiah turut tumpang gembira tak terhingga. Eee....Propalah!
Tapi Mak Kiah tak mahulah memberitahu berita gembira ini menerusi bingkisan tulisan Mak Kiah ini, sebaliknya kalau anda semua nak tahu siapakah jejaka yang kini sedang bertakhta di sudut hati Sarimah, adalah baiknya menonton video Mak Kiah minggu ini. Ala-ala filem Sex And The City lagi.
Tapi apa yang boleh Mak Kiah kongsikan bersama, bahawa hubungan yang terjalin antara Sarimah dan jejaka itu sudahpun memasuki 2 bulan dan kalau tak silap Mak Kiah jejaka yang dimaksudkan itu adalah kenalannya sejak 8 tahun lalu.
Cuma, Mak Kiah difahamkan baru-baru ini saja mereka mula mesra dan Sarimah nampaknya dah tak sabar-sabar untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada keluarganya sebelum mereka mengambil keputusan untuk melanjutkan perhubungan murni itu.
Setahu Mak Kiah, bukankah sebelum ini Sarimah pernah bercinta dengan seorang jejaka Melayu? Apa dah jadi dengan jejaka itu? Atau adakah mungkin, jejaka itu yang dimaksudkan Sarimah sebagai kekasih barunya itu adalah jejaka yang sama?
Kalau nak tahu jawapannya, jangan ketinggalan tonton video Mak Kiah minggu ini untuk mengetahui rahsia di sebalik kekasih terkini Sarimah.
Hai! Kak Mah bercinta tu jangan lama-lama. Kahwin saja terus dan boleh dapat anak. Bukankah itu impian awak yang sudah lama terpendam?

Pelakon 2 Alam Tak Malu???


 Sekalung tahniah Mak Kiah ucapkan kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) pada kali ini. Walaupun ramai yang kurang bersetuju dengan kemenangan untuk beberapa kategori tertentu, tapi faham-faham sajalah ya. Segala keputusan adalah muktamad dan atas pilihan 5 barisan juri yang bertugas.

Macam biasalah. Apa tu orang kata, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Bagi Mak Kiah itu sudah menjadi perkara tidak asing lagi. Asalkan jangan propa macam Mak Kiah sudahlah ya.
Mak Kiah juga hairan, mengapa filem Dua Alam yang dikatakan mampu mengutip RM40 juta tidak membawa pulang anugerah?
Malah ketika tayangan perdana filem itu minggu lalu, Mak Kiah dapati ramai juga yang datang menonton. Tak kiralah apa juga 'nawaitu' mereka, tapi apa yang penting strategi Datuk Dr Rozmey nampaknya menjadi.
Positifnya, Mak Kiah rasa tak sia-sialah Dua Alam dipromosikan dengan cara yang cukup kontroversi kerana akhirnya akan mencipta perasaan ingin tahu orang ramai untuk datang menonton.
Tapi hairan juga, mengapa ada pelakon filem berkenaan bila ditanyakan mengenai maklum balas mereka tentang filem berkenaan sebaik saja tamat tayangan perdana, memilih untuk membisu seribu bahasa. Ada juga yang menjawab dengan jawapan PR.
Susah juga Mak Kiah nak nilaikan senyuman yang terukir di wajah mereka itu. Sama ada senyum puas atau sebaliknya. Malah ada juga yang lari dari untuk ditemuramah pihak media. Motif?
Ada juga beberapa pihak yang cukup 'geli-geleman' bila filem ini mempunyai terlalu banyak babak tak senonoh. Adoi, takutlah Mak Kiah. Apapun, itu semua pendapat individu. Tepuk dada tanya selera.
Ha, mari sini Mak Kiah nak tanya Datuk Rozmey. Mampukah Dua Alam mencapai kutipan RM40 juta seperti yang diimpikan? Takkan tepuk dada tanya selera juga? Sila jawab.

ifa tarik rambut azwan ali ???


Amboi, amboi, amboi...sudah lama rasanya Mak Kiah tidak bertemu pembaca blog Mak Kiah yang disayangi sekalian.
Baru saja Mak Kiah ingin menghubungi salah seorang editor di murai.com.my, Mak Kiah terkesima apabila menonton sebuah rancangan baru Propaganza yang bersiaran di Astro Ria (saluran 104) pada Ahad lalu.
Hebat sungguh isi kandungan yang disampaikan Propaganza. Memang kuat propa dua pengacara rancangan itu, Reza Mohamed dan Marsha Milan Londoh.
Tajuk rancangan ini sendiri sudah cukup propa kerana persis seperti nama Mak Kiah.
Eee....Propalah! Propaganza tu.
Lebih terkejut lagi apabila Mak Kiah telah melihat gelagat Azwan Ali yang baru saja pulang dari mengerjakan Umrah di Mekah telah memaafkan lima selebriti popular yang didakwa pernah bermasalah dengannya.
Baguslah kalau macam itu Azwan. Bukankah maaf-memaafi adalah digalakkan dalam agama, malah dituntut oleh RasulAllah? Amin.
Bagaimanapun Mak Kiah agak terkejut apabila salah individu yang dimaksudkan Azwan Ali iaitu pelakon Ifa Raziah nampaknya kurang berpuas hati dengan cara pengacara mulut lazer itu menyampaikan kemaafannya.
Alamak! Kenapa pula? Ini yang membuatkan Mak Kiah ingin terus bersembunyi, kalau hubungan rakan sesama artis berterusan seperti ini.

Yuna & Qi Qushairi Hanya Berkawan Atau...

Ini bukanlah kali pertama Mak Kiah mendengar cerita tentang keakraban antara penyanyi berbakat besar, Yuna dan pelakon drama Blogger Boy, Qi Qushairi.
Benar, bukan pertama kali, tapi sudah banyak kali.
Malah Mak Kiah  pernah dengar juga bahawa mereka sebelum ini pernah menafikan hubungan mereka di dalam sebuah program TV. Tapi sejauh mana mereka menafikan, sejauh itu jugalah Mak Kiah sukar untuk mempercayainya.
Mana tidaknya, kalau berkepit sana ke sana ke mari bersama, adakah itu masih dipanggil kawan? Tolonglah, Mak Kiah sudah lali sangat dengan dunia hiburan, bukannya sehari dua, malah bertahun-tahun lamanya.
Kalau nak tahu, ini bukanlah juga kali pertama Mak Kiah terserempak dengan dua sejoli itu, tapi sudah beberapa kali. Terbaru Mak Kiah nampak Yuna dan Qi datang bersama ketika majlis Anugerah majalah Cosmopilitan di Solaris baru-baru ini.
Pernah juga Mak Kiah terserempak dengan mereka berdua sedang membeli-belah di Bukit Bintang. Amboi, bukan main mesra lagi Yuna dan Qi. Terpancar keriangan di wajah Yuna kala Qi menyatakan sesuatu. Senyuman yang sukar diungkap.
Apa yang pasti mereka langsung tak segan silu, walaupun mereka tahu bahawa gerak- geri mereka diperhatikan ramai.
Jika benar Yuna dan Qi bercinta, Mak Kiah tak boleh cakap apa kerana hakikatnya Mak Kiah suka sangat melihat keakraban yang terjalin antara mereka berdua. Memang secucuk dan sepadan.
Mak Kiah rasa, Yuna dan Qi boleh menjadi pasangan yang serasi. Mereka langsung tak hipokrit seperti kebanyakan selebriti lain, cuma mungkin mereka belum bersedia mengumumkan perhubungan sebagai pasangan kekasih.

Dangdut Ramlah Ram Tanpa Gelek, Motif?


Seronok tak terhingga Mak Kiah apabila dapat tahu penyanyi senior Ramlah Ram akan menyanyikan semula lagu dangdut popular miliknya, Selamat Jalan Romeo pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).
Tak sabar rasanya untuk melihat hayunan gelek Ramlah Ram bersama-sama beberapa orang artis seperti Mas Idayu dan One Nation Emcee yang akan berkongsi pentas bagi menyemarakan slot dangdut majlis anugerah popular berkenaan.
Nampaknya bergegarlah Arena All Star Genting Highlands, Ahad ini apabila semua ratu dangdut itu naik pentas. Pasti ramai yang tak keruan jadinya dan pastinya juga ada yang akan demam dangdut sampai tak bangun hingga keesokan harinya.
Mak Kiah sendiri sudah bersiap sedia dengan baju lip lap, semata-mata untuk menyemarakan slot dangdut berkenaan. Yelah, nak sokong Ramlah Ram katanya.
Tapi apa yang Mak Kiah dengar dari mulut penyanyi itu sendiri, bahawa dia tidak akan bergelek. Langsung tidak akan.
Excuse me Kak Melah. Motif sangat you ni kan? Kalau sudah dinamakan dangdut mestilah gelek. Kenapa tak pula? Cerita sikit.

Biar Betul Alyah dengan Dato Ramli MS Bercinta?



Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Mak Kiah terbaca dalam sebuah akhbar tabloid minggu lalu berkenaan penyanyi Alyah yang dikatakan sedang asyik bercinta dengan pengarah muzik terkenal, Dato' Ramli MS.
Agak payah juga Mak Kiah nak percaya dengan gosip berkenaan kerana setahu Mak Kiah, Alyah memang tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki terutama mereka yang terbabit dalam industri seni hiburan tempatan.
Menurut laporan yang ditulis akhbar tabloid berkenaan, hubungan mereka dikatakan semakin intim selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di taman tema keriangan Genting Highlands tidak lama dulu.
Laporan itu juga menyatakan, bahawa ada sumber yang ternampak Alyah dan Dato' Ramli bertemu di salah sebuah lokasi popular di Singapura pada April lalu, malah mereka berdua bercadang untuk bertemu dengan keluarga masing-masing.
Ish, ish, ish....adakah semua ini benar? Tapi kalau ianya benar apa salahnya. Mak Kiah tumpang gembira (melepas lah Mak Kiah).

Azwan Ali: Baby AA Keluar 3 Minit Jer Dalam Propaganza!



 
KUALA LUMPUR, 4 OKT 2012: Sejak Mak Kiah menuar-uarkan tentang penglibatan Azwan Ali atau diva AA dalam program Propaganza Musim 2, ramai pihak yang beranggapan bahawa pengacara laser ini bakal mengambil-alih atau menggantikan tempat Reza Mohamed dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara utama.
Hakikatnya, Azwan Ali hanya mengendalikan sebuah segmen yang dinamakan Katanya selama 3 minit sahaja. Hal ini turut diakui oleh Azwan kepada Mak Kiah.
"Ya, saya hanya muncul selama 3 minit saja menerusi segmen, Katanya dengan gelaran Baby AA. Dalam segmen ini, saya akan menyentuh pelbagai isu panas yang berlaku dalam dunia artis tempatan kita.
"Antara yang bakal saya sentuh dalam segmen ini adalah isu panas mengenai Remy Ishak- Tizz Zaqyah, Yuna-Qi, Anne Ngasri- Aliff Aziz.
"Malah, saya juga akan turut akan turut kak namkan isu yang melibatkan Shila Amzah, Ning Baizura, Roslan Shah, Kak Engku, If Raziah dan Linda Onn.
"Kebanyakan gosip panas ini mula saya angkat berdasarkan kisah panas yang keluar di Blog Mak Kiah. Tapi, macam mana menyentuh gosip-gosip ini, anda semua kena tengok sendiri segmen ini nanti.
"Apa yang pasti, ianya tidak akan lari daripada tagline segmen ini, Kosong-Kosong. Tagline ini diberikan nama kosong-kosong kerana konsep sindiran yang cuba saya tonjolkan ini cuba untuk mempositifkan dunia artis, bukannya sebuah sindiran yang menjatuhkan atau menjadikan dunia hiburan nampak negatif ," katanya kepada Mak Kiah.
Segmen Katanya bakal disiarkan di dalam program Propaganza di Astro Ria pada 12 tengahari hingga 1 petang. Rakaman pertamanya telah diadakan di sekitar stesen LRT, Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Mengulas lebih lanjut mengenai konsep yang bakal diketangahkan di dalam segmen Katanya ini, Azwan berkata, dia yakin dan pasti bahawa segmen ini akan mencetuskan kontroversi yang tersendiri di dalam industri hiburan tanahair.
"Saya dah dapat rasakan. Sebab ia dibuat dalam bentuk camera work presentation dan editing yang tak pernah dibuat lagi oleh orang lain sebelum ini.
"Namun, ingin saya tegaskan di sini, bahawa gosip panas yang dikongsi itu haruslah sahih. Sebab, ianya akan digunakan sebagai bahan modal untuk rakaman yang seterusnya. Mana-mana cerita yang hanya gosip atau rekaa tidak akan dilayan kerana saya tahu macam mana hendak mencari kesahihan atau kebenarannya," katanya.
Mengenai gosip yang mengatakan dia bakal menggantikan tempat Reza Mohamed dan Marsha Milan Londoh, Azwan berkata, tolong jangan sekali-kali melagakan saya dengan mereka.
"Mereka masih lagi menjadi hos utama. Tapi, saya percaya, walaupun hanya muncul dalam segmen selama 3 minit, ianya akan menyaksikan kebangkitan Azwan Ali di dalam industri.
"Sebab selama ini, ramai orang ingat saya sudah lama mati ditelan mati bumi. Apapun, terima kasih kepada pihak Astro dan KRU di atas kepercayaan yang diberikan untuk mengendalikan segmen ini.
p.s Mak kiah: Sejauh mana kelainannya, tengok saja lepas ni. Selain mendapatkan bahan gosip di Blog Mak Kiah, saya juga telah menawarkan pembaca blog saya supaya berkongsi apa jua gosip panas mengenai dunia artis kita menerusi sms di talian 0173584156.

Gambit Selekeh



Adoi, dah berapa kali agaknya Mak Kiah cakap, kalau ke majlis fesyen jangan berseluar denim koyak. Kalau ini yang dimaksudkan Gambit, casual chic, anda silap Gambit. Ini adalah fesyen orang malas dn terlalu selekeh untuk ke acara ulang tahun ke-5 majalah InTrend. Pergi belek majalah fesyen lagi ya. Bukankah awak tu selebriti?

Marsha Pokok Krismas



Kalau tak silap Mak Kiah, ketika sampai ke ulang tahun ke-5 InTrend, Marsha tak menyarungkan cardigan. Walau apapun Mak Kiah suka dengan pemilihan gaya Marsha yang ini. Memang singkat dan berserabut seperti pokok Krismas. Lisptik merah itu, oh la la menggoda you!

Rambut Puaka Fouziah Gous



Mak Kiah ingatkan artis Indonesia tadi. Rambut palsu Fouziah memang keterlaluan, tapi tak mengapa. Gaya dan penampilannya memang sepadan. Cuma kasut tumit tinggi itu, alamak apa dah jadi dengan Fouziah Gous yang Mak Kiah kenal dulu?

Anita Sarawak bahana Botox



Walaupun Mak Kiah terlepas untuk melihat persembahan Anita Sarawak (Kak Nita) yang bertenaga ketika sambutan ulang tahun ke-5 InTrend, tapi itu tak bermakna Kak Nita boleh terlepas ya dari perangkap Mak Kiah. Kali ini penampilan cukup sopan dengan kaftan violet pilihannya. Gabungan cermin berbatu Swarovski dan rambut palsu merah ini menampakkan imej keibuan. No more imej edgy dari Kak Nita.

ifa raziah disingkirkan oleh produksi atas tuduhan gemuk.....



KL, 25 SEPT 2012: Mak Kiah tersangatlah malas nak bercerita mengenai hal-hal berkaitan dengan politik. Namun, hakikat sebenarnya, hidup di dunia ini memang tidak lari dari masalah-masalah politik. Mak Kiah pun pernah jadi mangsa dendam kerana politik orang gila kuasa.
Dah kebetulan Mak Kiah cakap pasal isu politik ni, Mak Kiah ada terdengar kisah terbaru mengenai penyanyi, pelakon, pengacara dan pelawak Ifa Raziah. Khabarnya dia jadi mangsa politik sebuah syarikat produksi drama.
Dengarnya, Ifa yang sepatutnya memegang watak penting dengan syarikat produksi berkenaan telah disingkirkan serta-merta. Khabarnya, ia telah dilakukan atas arahan pihak stesen televisyen (bukan Astro) dengan alasan kononnya Ifa gemuk dan dan tidak sesuai memegang watak berkenaan.
Walhal, setahu Mak Kiah, Ifa Raziah tu bukanlah gemuk sangat pun. Waktu ramadan tempohari memang badannya naik sikit disebabkan penyakit. Tapi, waktu Mak Kiah jumpa dia lepas raya hari tu, badan dia dah turun balik.
Hai, tak tahulah Mak Kiah nak cakap apa. Tapi disebabkan perkara ini, pihak produksi tersebut terpaksa membuangnya walaupun pada hakikatnya Ifa sudah menerima skrip drama bersiri berkenaan dan bakal menandatangani kontrak dalam tempoh tidak sampai 24 jam (pada hari dia disingkirkan).
Ish ish sampai hati betul orang-orang yang membuat si Ifa Raziah tu ya. Takpelah, barangkali semua ini ada hikmahnya. Bagi Mak Kiah, kehidupan perlu diteruskan dan jangan sesekali mencari rezeki dengan menyekat periuk nasi orang lain.

Gambar: Fasha Sandha Tepis Dakwaan Reka Laporan Polis, Tampil Bukti



Nampaknya masih belum reda drama sensasi minggu ini yang melibatkan aktress panas, Fasha Sandha. Namun kali ini melibatkan beberapa orang blogger & wartawan.
Tiga buah blog menulis tentang laporan polis Fasha Sandha yang di’dakwa sebagai tidak wujud dalam simpanan pihak polis.
Mak Kiah menulis tentang persoalan laporan polis yang di’dakwa di’lakukan Fasha Sandha terhadap seorang wanita yang di’dakwa mengugut untuk mencederakan beliau.
Ramai termasuk kami pasti wanita yang di’maksudkan adalah Nora Danish dek kerana drama yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.
Namun, laporan polis yang di’kemukakan oleh Fasha Sandha seperti gambar di’atas bertarikh 14 Februari 2008, jam 6.15 pm ini turut menimbulkan tanda tanya.
Selain kandungan laporan polis yang tidak di’dedahkan (kami pasti atas alasan kandungan sulit), pihak polis nampaknya mengambil masa agak lama untuk selesaikan kes ini.
Jadi, jika benar ini laporan polis yang Fasha Sandha maksudkan beberapa hari lepas, apakah status siasatan sekarang?

Hmmm. Nora Danish Dedah Hubungan Fasha Sandha & Jejai Putus Kerana Tiada Restu Keluarga


Baru-baru ni Mak Kiah dapt mengetahui berita sensasi mengenai nora danish dengan fasha sandha.....

“Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut.”

“Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya,” kata Nora Danish kepada media.

Ini adalah kenyataan terbaru yang perlu Fasha Sandha jawab selepas tarikh sebenar perpisahan mereka terdedah hari ini melalui screenshot Blackberry.

Anda boleh baca semua pendedahan Fasha Sandha melalui entri paling popular hari ini & nilaikan sendiri apa motif sebenar selebriti sensasi ini.

Rita Rudaini Ada Niat Untuk Bertudung & Enggan Ulas Isu Cinta Suami


“Ada macam macam lagi sumber sahih yang bercerita kepada saya tentang perempuan itu dan perempuan ini, tetapi saya malas hendak fikir,” dakwa Rita Rudaini hari ini.

Itu adalah kenyataan beliau kepada Utusan Malaysia apabila di’tanya tentang gossip cinta suaminya, Aidil Zafuan bersama aktress Jue Aziz yang sedang hangat ketika ini.

Rita Rudaini menjelaskan lagi yang beliau jika boleh tidak mahu mengulas lanjut tentang kisah cinta murahan ini & bimbang apa yang di’katakan menjadi satu salah faham.

Tiada pula komen dari Rita Rudaini tentang Jue Aziz yang mendakwa konon’nya tahu siapakah individu yang membawa fitnah hubungan bersama Aidil Zafuan. Hmm.


Dalam temubual yang sama, Rita Rudaini telah di’ajukan soalan tentang imej bertudung beliau yang sering menjadi perhatian setiap kali beliau muncul di’mahkamah.

Pelakon ini menjelaskan yang beliau bertudung ketika itu kerana ingin menghormati mahkamah dan tidak menolak yang beliau mempunyai niat untuk kekal bertudung kelak.

“Impian ada. Saya tidak mahu bertudung sebab orang suruh atau sebab keadaan atau hendak menutup sesuatu isu, atau sebab artis lain bertudung maka saya pun perlu bertudung. Saya tak mahu begitu”
apa=apa pun Mak Kiah sentiasa mengharapkan kebahagiaan untuk kedua dua pihak

Fasha Sandha & Rizal Ashram Kembali Mesra, Kini Sedang Bercinta?


Mungkin ini berita baik, mungkin juga ini berita kurang baik bagi Mak Kiah.

Masih ingat gambar Johan Asari memeluk Fasha Sandha yang kami siarkan semalam? Itu terjadi di rumah terbuka di salun Chinta milik Fasha Sandha.

Menurut laporan Mak Kiah, Rizal Ashram (Jejai) turut berada di’situ atas undangan Fasha Sandha sendiri. Persoalan merepeknya ialah, kenapa Jejai berada di’situ?

Ketika bulan Ramadhan lalu, ada juga beberapa laporan media mengatakan mereka terserempak dengan Fasha Sandha & Jejai berbuka puasa bersama.

Dan kali ini Fasha Sandha menjemput jejaka ‘dompet lebat’ ini ke majlis rumah terbuka beliau. Adalah mereka kini kembali bersama?

Ketika di’ajukan soalan itu oleh wartawan, Fasha Sandha nyata tersipu malu untuk menjawab namun mengatakan yang Jejai hadir hanya sebagai teman, tidak lebih dari itu.

Tidak salah rasanya jika mereka berdua benar benar kembali bersama, maklumlah masing masing masih single. Lainlah kalau Fasha Sandha sudah membalas cinta Johan Asari. Eh.

Thursday, 4 October 2012

Penyanyi Kacak Sudah Kahwin Senyap-Senyap




KL, 1 OJKT 2012: Tersentap hati Mak Kiah apabila penyanyi yang Mak Kiah kagumi bakatnya itu telah pun berkahwin. Lebih mengejutkan Mak Kiah, penyanyi yang kacak wajahnya ini telah pun bernikah secara senyap-senyap

Malah, Mak Kiah difahamkan keluarga penyanyi berkenaan hanya dimaklumkan mengenai hal itu setekah sebulan dia bergelar suami orang. Dengarnya, majlis pernikahan tersebut telah diadakan secara tertutup dan hanya orang yang sanggup merahsiakan hal ini saja yang dijemput hadir.

Menyelidiki gerangan wanita yang bertuah menjadi isterinya itu, Mak Kiah diberitahu isterinya itu adalah seorang gadis yang cantik dan seksi.

Namun, dia bukanlah seorang artis tetapi gayanya sekali imbas macam artis popular. Bagaimanapun, wanita itu pernah melibatkan diri dalam dunia hiburan.Malah, pernah digosipkan bercinta dengan seorang penyampai radio lagi.

Sungguhpun Mak Kiah menghormati keputusan penyanyi ini untuk merahsiakan perkahwinannya itu, namun Mak Kiah kecewa disebabkan penyanyi yang dikatakan sangat akrab dengan bapanya itu telah mengenepikan familinya sendiri.

Murai Batu ingin berpesan kepada penyanyi ini bahawa disebabkan anda memilih untuk merahsiakan perkahwinan berkenaan, pelbagai spekluasi negatif telah pun terbit dan sedikit sebanyak ianya telah menjatuhkan imej kamu yang bersih.

Sebelum ini pun, penyanyi kacak ini tidak pernah menghadapi sebarang kontrovesi. Apapun, Mak Kiah hanya menunggu masa penyanyi ini untuk berkongsi detik kegembiraan dia bergelar suami.

Mak Kiah : Tahniah Diana Amir. Nanti jangan lupa jemputnya majlis nikah.

Yuna, Ramlah Ram, dan sarang tebuan


Mak Kiah nak bagi tahu Ini bukan fesyen sarang tabuan ya. Ini namanya fesyen turban. Dua penyanyi dari dua generasi ini telah memilih gaya serupa memandangkan ianya tampak lebih bergaya dan sopan dipandangan mata. Maaf Ramlah Ram, rasanya Mak Kiah lebih gemar memilih kesepaduan yang ada pada Yuna.


Shaheizy Sam kambing gurun



Johnny Depp Malaysia ini memang lain daripada yang lain orangnya. Dia sentiasa mahu tampil berbeza. Ada kalanya berjambang dan ada kalanya tidak kadang-kadang Mak Kiah tengok dah macam kambing gurun kepanasan. Ada kalanya kaca mata di atas kepala dan ada kalanya dipakai. Namapun seorang seniman. Jadi mestilah artistik kan?

Hazama & Fizz Fairuz Feminin? Sape nak jawab too adik oiii!!




Persamaan antara dua selebriti ini ialah persalinan baju Melayu Teluk Belanga. Sebagai orang Johor, boleh Mak Kiah katakan, beginilah cara orang Selatan menggayakan baju Melayu. Mak Kiah tabik habis dengan Fizz Fairuz yang sangat berani menyarungkan baju Melayu dari warna merah jambu. Tak ramai yang mahu menggayakan warna ini kerana beranggapan ianya warna kegemaran wanita. Jadi macam mana Fizz Fairuz? Adakah dia kelihatan feminin? Tidakkan?

Marsha & Erra Fazira (erra fazira pilihan Mak Kiah)



Cuba perhatikan betul-betul persalinan Hari Raya yang digayakan Erra Fazira dan Marsha Milan Londoh ini. Dari segi warna memang tak serupa, tetapi jika diperhatikan potongan dan rekaan, masing-masing menggunakan inspirasi yang sama. Jika Erra menggayakan gaun dari koleksi peribadinya yang sudah lama tersimpan, Marsha pula adalah rekaan baru dari Azura Couture. Tentulah Erra Fazira pilihan Mak Kiah. Bukan saja cantik tetapi bewarna-warni. Meriah sangat.

Wednesday, 3 October 2012

Gambar Zahnita Wilson Mengandung



Tahniah kepada sorang lagi selebriti tempatan, Zahnita Wilson yang dikhabarkan sudah hamil. Tiada informasi mengenai kandungan kehamilannya, mungkin yang pasti usianya dah nak masuk 7 bulan ke atas. Gambar dibawah adalah gambar photoshot yang diambil untuk dijadikan kenang-kenangan buat dirinya dan juga keluarga. Semoga selamat melahirkan anak nanti. :)






Gambar Bakal Suami Betty Benafe

 Berita pertunangan Betty Benafe dengan Bruce Dargus pada 14 Jun 2012 yang lalu. Namun gambar dan juga majlis berkenaan tidak beredar sangat di internet sebab hanya dibuat untuk keluarga terdekat sahaja.
Setahu Mak Kiah majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan dalam masa terdekat dengan kini persiapan mereka hampir 50% siap untuk hari yang bermakna itu nanti.
Berkesempatan dengan itu sisipan Harian Metro pada hari Ahad lalu telah menampilkan gambar sekitar majlis berkenaan serta beberapa keping bersama ketika menghadiri majlis rasmi yang lain. gambar Budiey




Nabila Mahu Anak, Akui Diri Single!



Mak Kiah nak cerita pasal Nabila Huda Suhaimi  tidak pernah serik untuk berkahwin lain kerana keinginannya untuk menambah bilangan anak.
Impian itu terpaksa dipendamkan buat masa ini kerana dia masih belum menemui teman lelaki yang sesuai untuk bergelar calon suami.
"Saya sangat mahukan anak. Semakin Keisha (anak perempuan pertamanya) membesar, semakin berkobar-kobar keinginan untuk saya menambah anak.
"Masalahnya, saya belum berjumpa dengan calon yang menepati kehendak saya. Saya mahukan lelaki yang matang dan berfikiran terbuka, dapat menerima dan menjaga saya seadanya," katanya -Via
 Nabila yang bercerai dengan  Zaidi pada Ogos 2011 yang lalu setelah mampu bertahan selama 3 tahun, kini dia akui yang Johan As'ari hanya kawan biasa dan tidak menganggap Johan As'ari sebagai seorang kekasih!

Gambar Mizz Nina Terbaru



 Gambar dibawah adalah gambar terbaru Mizz Nina ketika dia menghadiri majlis Party E! Brand Refresh Asia baru-bari ini bertempat di sebuah club mewah sekitar Mid Balley City. Ramai juga selebriti yang hadir ke majlis ini, dan yang pasti Mizz Nina menjadi perhatian.
Melihat gambar dibawah, seperti Mizz Nina belum ada tanda-tanda mengandung/hamil buat masa ini, takpelah kita doakan dia dan Noh segera mendapat cahaya mata.
Di majlis itu juga, Mizz Nina sempat promosikan album single terbarunya, Summer Burning. -gambar Budiey



Wardina Tidak Galakkan Lihat Spanar Jaya




Mak kiah nak cerita mengenai isu penayangan semula rancangan komedi yang satu masa dahulu digemari ramai, Spanar Jaya, yang bermula baru-baru ini di NTV7 membuatkan Wardina menghadapi satu lagi dugaan yang mencabar dalam kehidupannya.
Seperti sedia maklum Spanar Jaya merupakan drama komedi yang dibintangi Wardina sebelum dia berubah menjadi lebih mendekatkan diri kepada Allah. Namun Wardina yang berfikiran terbuka menyarankan agar tidak menonton komedi itu kerana ianya kisah lamanya yang masih menampakan aurat yang tidak patut dipandang.

Dan ini Mak Kiah selitkan beberapa komentar Wardina melalui laman sosial miliknya mengenai isu berkenaan.. 

Sham (Kamikaze), Farazila Sudah Bercerai Tahun Lepas


Hasrat Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya. Sham (Kamikaze) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada semalam menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.
Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.
Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.
Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka.
Kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.
Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.
Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.
Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.
Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.
Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai lagi..

Rusdi Ramli Timang Anak ke-3



Tahniah! Mak Kiah ucapkan kepada Isteri pelakon terkenal, Rusdi Ramli, yang juga seorang komposer, Sharon Anne telah pun selamat melahirkan anak ke-3 mereka yang berjantina lelaki pada hari Selasa minggu lalu.
Bayi berkenaan dilahirkan secara normal di salah satu pusat perubatan dekat Bangsar. Walaupun dia pernah berharap dikurniakan anak perempuan sebelum ini kerana sudah mempunyai dua anak lelaki iaitu Efiezal Ridza, 22, (hasil perkahwinan pertama) dan Reo Ridza, 3, kelahiran anak lelaki ketiga itu tetap membawakan kegembiraan buatnya.
“Pada awalnya memang saya berharap dikurniakan anak perempuan kerana saya sudah ada dua anak lelaki. Namun, selepas melihat keputusan proses imbasan, saya dan Sharon mengetahui bahawa kami akan dapat anak lelaki lagi
“Saya gembira dan bersyukur dengan kelahiran ini walaupun belum ada rezeki untuk kami menimang anak perempuan,” katanya.

Wan Zaleha Radzi Bertudung



Rancangan terbaru terbitan RTM menerusi, TVi (Saluran 180 Astro) iaitu Jangan Buat Lagi dan Islam Today. Jangan Buat Lagi adalah program tv yang membentuk nilai dan budi pekerti dikalangan remaja yang dikhuatiri boleh terjerumus di dalam lembah sosial yang kurang sihat. Rancangan yang berbentuk ilmiyah ini juga akan dikupas oleh Imam Muda Hassan bermula 1 Oktober 2012, setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Manakala bagi rancangan Islam Today dalam berbentuk bual bicara berbahasa Inggeris, dan dihoskan oleh Wan Zaleha Radzi yang bertudung ketika rancangan itu disiarkan mulai 5 Oktober 2012, setiap Jumaat, jam 1.00 petang, selama 13 episod.

Black Mentor Komen Bawa Kekasih Bercuti di Pulau Redang



Mak Kiah terbaca sisipan BpoP minggu lalu ada memaparkan satu berita yang mengejutkan juga, mengenai Black Mentor yang dikatakan khalwat atau bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah resort dan cerita itu disampaikan oleh staff yang bekerja di sana kepada penulis paling pedas, Zubir.
Namun Black mempertahankan dakwaan itu dengan mengatakan dia mengakui pergi bercuti di Pulau Redang namun bukan bulan lalu, ianya pada awal tahun ini dan ditemani oleh tiga orang rakan yang lain. Dan ini komentar sekali lagi Black melalui portal GUA terhadap dakwaan sisipan BpoP berkenaan.

Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar. Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan. Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.
Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik. Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh. Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas. Saya sanggup bergaduh kalau soal agama,”

NUFFNANG